JERITAN MALAM
Tatkala senja melabuhkan tirai harinya, dia masih di situ.
Bertanya dan bermonolog dalam hati diselangi asakan soalan yang menerjah akal
dan minda. Sungguh! Terlalu banyak yang terjadi. Hentakan demi hentakan
peristiwa menerjah kehidupan, menghadiahkan pengalaman baru untuk menempuh hari
mendatang yang tidak diketahui prosesnya.
Terkadang dia bertanya, masihkah ada ruang untuknya
menggagahkan diri mengharungi mehnah kehidupan dalam usia yang kian meningkat?
Tarbiyah yang dikurniakan Allah, pencipta manusia sekalian alam sesungguhnya
mendidik agar hati itu terus tunduk dan akur pada segala ketentuan-Nya. Usaha
dalam tadbir tidak mampu melawan takdir yang telah tercatat untuknya.
Namun, hati itu percaya bahawa apa jua yang terjadi adalah
kebaikan buatnya. Tidak sekali-kali Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang akan menyukarkan dan menyulitkan hamba-hamba-Nya melainkan hanya
untuk menguji dan mengurniakan ganjaran pahala yang lebih tinggi. Yakin dan
optimislah bahawa Dia sentiasa memberi yang terbaik buat hamba-Nya. Binalah
rasa tawaduk dan kekalkan rasa syukur dalam hati agar diri tidak tersasar dari
laluan yang sebenar.
“Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada
Allah dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata:
‘Kalau begini, nescaya tidak akan begitu.’ Akan tetapi katakanlah: ‘Ini takdir
Allah.’ Sesungguhnya ‘kalau’ akan membuka pintu syaitan” (Riwayat Muslim)
Peringatan buat diri yang terkadang lalai dan alpa. Allahu
Rabbi, tetapkanlah hati kami hanya pada-Mu.
Dia tidak sedang berputus asa dia hanya sedang risau, Ya Allah tunjukkanlah dia Jalanmu, Ringankanlah langkah kakinya, Dia mengemban amanat orang tuanya...Ridloilah langkahnya Ya Rabb...Amiin
Dia tidaklupa keluarganya dia tidak lupa teman temannya dia tidak lupa kerabat kerabatnya dia tidak lupa setiap perjalanannya dan apa- apa yang telah menyokongnya.....Permudahlah jalannya Ya Allah, dan Engkaulah sebaik-baiknya Pembimbing....

